Tak berjaya tanpa PARENTS..!

 
 
Amacam hari ni? rasa hebat?? seronoknya berjaya boleh capai impian yang kita impi-impikan...Tak ada kejayaan tanpa restu ibu-bapa. Orang yang derhaka, sebenarnya dia tak pernah berjaya. Derhaka pada siapa ni? terutama pada TUHAN dan ibu bapa. Pada ibu bapa, mereka yang derhaa selalunya hidup jadi susah.
 
Zaman dulu,sumpah ibu bapa jadi serta-merta. Kalau ibu sumpah jadi batu. Terus  jadi batu, kalau sumpah jadi katak , terus jadi katak . Macam yang selalu kita dengar dan baca kisah-kisah dulu. Tapi dia menjadi juga. Cuma dalam bentuk dan keadaan yang lain.
 
Patutlah belajar tak pandai-pandai , rupanya dah di sumpah jadi batu oleh emak bapak. patutlah otak jadi macam batu dan kepala pun macam kepala batu. Mana nak belajar macam tu? Taklah jadi batu sebiji gitu. Ini zaman dulu, zaman sekarang dia dah macam batu aje walaupun masih lagi otak kita tengok , itulah dia bahana derhaka pada ibu bapa.
 
Reda ALLAH bergantung pada reda ibu bapa . Kalau ibu bapa tak reda,selalunya memang susah hidup. Sekarang mungkin tak nampak , nantilah bila dah hidup sendiri dan dah ada keluarga sendiri nanti.Gaji bukan tak banyak tapi asyik tak cukup memanjang dan musibah datang bertimpa-timpa . tu boleh jadi hidup tak berkat tu.
 
Jadi, hormati ibu bapa dan sayangi mereka. Orang yang derhaka sebenarnya dia tak pernah berjaya, Dia aje sangka dah berjaya habis dah. Tapi sebernanya tidak, sebab bila-bila  masa je dia boleh ditimpa musibah. Kan reda ALLAH bergantung pada reda ibu bapa. Itu inti pati hadis tu, jangan main-main..
Kalau korang mahu jadi ibu bapa yang dihormati kelak, hormatilah ibu bapa awak harini  are u understand??
 
 
"Orang yang derhaka sebenarnya dia tak pernah berjaya"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment