~Kritikan itu baik xD ~*


 

Amacam harini?? haa?? merajuk ker,,sebab....kena kritik? owhh   jangan merajuk rilex jer kak,bang,dik,makcik,pakcik,, dengar ni..kritik ni mampu merubah diri kita..betul..jangan tak percaya..betul...rilex ea..bila kena kritik tu wat muka selamber jer,,tapi jangan masuk telinge kanan kuar telinge kiri pulak..saye tak ajar,sape la cakap tu... gurau jer.. =P
Ramai orang tak suka bila dikritik. Bila ditegur,merah muka dan bergerak-gerak telinga. Muka pun jadi lain tak rupa dia. Hati punya lah menggelegak macam gunung nak meletup.. pehh!!
 Hey,,gapo marah sangat ni? tokseh marah sangat sebab kritikan adalah pembaikan. Macam mana pulak kritikan boleh jadi baik?? Macam ni, cuba tengok ,semua perkhidmatan telefon di dunia ni ada khidmat pelanggan. Betul?? biasanya, khidmat pelanggan mereka mesra pelanggan. setiap kali kita buat aduan , hujung nanti dia tanya, "Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu encik?"
Kenapa dia tanya lagi erk? padahal aduan kita dah habis pun dah. sebab dia memang nak dengar aduan daripada kita. dalam kata lain,kritikan kita akan membolehkan mereka memperbaiki perkhidmatan. Kalau mereka tak terima kritikan . mereka akan ingat khidmat mereka  tu dah terbaik. hujung - hujung pelanggan lari. sekarang ni, kita boleh switch talian dengan mengekalkan nombor asal.
Adanya kritikan  BMW jadi jenama terkemuka di duni, adanya kritikan Mercedes Benz muncul sebagai kereta mewah yang tiada tandingan. Cuba kalau pembuat-pembuat kereta ni tak nak dengar kritikan sampai sekaranglah mereka syok sendiri ,. ingat  kereta dah best sangat , rupanya-rupanya yang tercorot sebab kereta yang lebih canggih muncul di pasaran , hancur dibuatnya.

jadi , jangan marah haaa bila dikritik sebab ia akan membuatkan kita nak berubah , nak buat perubahan dan nak menambah baik apa yang sedia ada. bila orang kata kita bodoh , kita teruja untuk buktikan kita tak bodoh . jadi, terima teguran orang . ia membantu membaik pulih keadaan. marah dengan teguran orang, selamanya lah kita tak sedar terconteng arang..
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment