Puisi cintan cintun

 Awak-awak yang nak ayat jiwang cinta tulus untuk bf/gf copy&paste je erk..is ok dengan tulus hati biey bagi biase lew kekadang kita manusia of course nak bagi aweks korang hapy senyum bila bace mcg yang korang bagi tu kan..sape taknak tengok orang yang kita sayang tu senyum memanjang..macam patung tu......hehe..

 
CINTA UNTUKMU
 
 
Telah ada satu nama
terukir indah di sudut hati
telah ada satu cinta
tersulam rapi sentuh
kasihku
 
bukan berdusta bila
berkata
sepenuh hati mengasihimu
sepenuh rindu menahan  rasa
 
Dirimu punyai apa yang ku
mahu
dirimu telah membahagiakanku
di kala berduka
dikala gembira
 
Tataplah wajahku
renunglah mataku
lihatlah di situ
ada cinta untukmu
 
berjanjilah wahai
sayangku
kau akan bersamaku
tetap denganku
walau seribu dugaan
melanda
walau terpaksa berpisah di mata
satu terakhir kau perlu
tahu
ada cinta untukmu..
 
 
 
Cinta kebiasaannya
menjadikan kamu
individu yang berbeza
dan sering berkhayal
walaupun kamu kelihatan
gembira namun pada
satu ketika kamu juga
akan turut merasai kesakitan
dan kekecewaan
cinta itu akan menjadi istimewa jika
kamu berjaya
mendapatkan cinta dari
seorang lelaki
yang benar-benar mengasihi kamu!
 
 
 
Tika mata kita memandang
ke atas kelihatan
banyak bintang di langit
namun hanya satu  sahaja
yang begitu menyerlah sehingga
berjaya menarik
perhatian daripada kalangan yang
dipilih untu diabaikan
terdapat hanya sebutir bintang yang sanggup
menyinari hidup kita
walau dimana sahaja kita berada..


Cinta ialah keabadian
manakala kenangan
ialah hal yang terindah yang
pernah dialami dalam hidup
walaupun jauh di sudut hati
kamu masih terkenangkan dirinya
yakinlah bahawa suatu
hari nanti akan ada
seseorang yang bakal
menyinari dan mewarnai
kehidupan kamu

 
 
 
Cinta umpama biji benih
yang baru ditanam
dan memerlukan perhatian
serta penjagaannya
sirami dan bajailah dengan
penuh kasih sayang
seandainya kamu
tidak berbuat demikian
maka terbantutlah tumbesarannya
umpama cinta sejati
yang semakin hilang daripada
pandangan mata.
 
nak lagi puisi ni?? jom click kat sini..puisi mu puisi ku


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

1 comment:

  1. Dah hampir 4 thun bercinta baru la nak tngok ayat2 jiwang ni haha smpai gf dah x sayang sy dah. Sakit hati ini ditinggalkan tapi apakan daya..cinta tdk boleh dipaksa tetapi lahir tulus dari hati yg suci. Terima kasih kpd sang penulis. Terubat sedikit hati ini membaca.

    ReplyDelete