~Jom Kreatifkan Kasut :D

 
 Haa... camne? suke tak kasut manik camtu? kasut biey tu taw.. sambil duduk jahit manik kat kasut kan senang.. bukan susah pun,, kasut ni biey nak pakai bile mak biey kawin nanti..baru lah nampak Awesome ~ =D ala simple jer tapi janji nice! kalau minat ADD FRIEND( + ) kat facebook... lepas tu kita chatting ok.. :)
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

jom belajar privasi dan syarat perkhidmatan google

 

Peraturan pertama, pastikan korang mempelajari Terma Perkhidmatan Google (Term of service),  Dasar privasi (privacy) dan Dasar Kandungan Google (content polisi) sebelum melangkah jauh menikmati perkhidmatan yang ditawarkan Blogger.com

- Syarat Perkhidmatan Google : Terma dan syarat perkhidmatan umum Google ( http://www.google.com/terms_of_service.html )

- Dasar Privasi Google : Bagaimana cara Google memelihara dan menjaga maklumat  peribadi korang dalam blogger ( http://www.google.com/privacy.html )

- Dasar Kandungan Blogger : Bagaimana Google mempromosikan kebebesan ekspresi dan penerbitan yang bertanggungjawab ( http://www.blogger.com/content.g )

Ketiga-tiga ini sangat penting sebab ianya berkaitan dengan keselamatan privasi korang dan hal-hal yang dipersutujui bersama bagi mengelakkan dari perkara-perkara yang merugikan. Namun, ramai pengguna yang mengabaikan perkara yang penting ni.. haa.. habislah kalau korang abaikan..

Laman polisi, terma dan syarat  ini boleh diakses dengan cara cenggini :
- Buka browser dan kunjung mengunjung kat http://www.blogger.com.
- bila dah buka, scroll skrin ke bahagian paling bawah sehingga korang akan menemui link berikut :
- so klik lah mane2 yang korang nak taw pasal google ni bace leklok kalau tak faham buat2 faham mesti faham punye,, ~ =P



terima kasih comel baca (._.*) blog ni

ohh!! facebook di hack?

 
Geram campur garam lagi jadi marah berplus2 kan..lagi2 bila fb kita kena hack lagi lah sakit hati buat penat jer letak gambar cute mute ,, arghh!! geramnye aqu mcm nak dush2 jer sape yang hack fb aqu ni kan3.. akak,abg,awak, jangan susah hati setiap masalah mesti de jalan die kan.. so jom ikut step biey ni .. step ni bukan nak ajar cara hack org tu plk tapi cara menjaga fb korang dengan betul and tak akan di hack lagi.. amacam?? awesome lah jwb nye kan..
 
 - korang tetapkan atau gantikan kata laluan,caranya klik kat "Forgot your password?" kat halaman log masuk. jika tak dapat menetapkan semula kata laluan sebab alamat e-mail yang digunakan untuk log in dah berubah atau jika akaun korang telah dinyahaktifkan oleh pengodam, layari kat bantuan di http://www.facebook.com/help/?page=1011.

okey klw dah dapat tu.. dah boleh bukak fb balik korang jangan lupa yang korang mesti sentiasa Log Out dari facebook.. klw tak,,kena lagi kan dh susah...
tapi,,, nak lagi selamat  setiap bulan mesti tukar pasword fb  and ingat!! jangan gunakan username or tarikh lahir.. nanti lagi senang pemusnah fb tu nak ceroboh korangnye fb tu.. sesekali gunakan password yang susah sikit macam (ui!@##09) haa susahkan..so ape lagi change the password now!!




terima kasih comel baca (._.*) blog ni

 
 
 

Asal perkataan GERGASI tu dari seorang penceramah kita yang terkenal nak taw sape??? ni diaa.. DR HM TUAH ISKANDAR al- haj... haa... so pe yang biey post tu dari buku dia sebab bukan nak tiru tapi sebaliknya nak kongsikan pe yang biey bace..tapi kalau sesape yang dah bace buku die ni alhamdulilah lah sebab bila dah bace kena berubah jangan menten jer macam lidi..! ._. Jom bace lagi erk..kalau tak nak bace tutup mata.hehe..
Malasnya nak keja,nak belajar,nak makan,.. haa?? makan pun malas?? kesiannye dia..tolong awak suapkan die kalau die bayi lah..kalau bayi takyah suapkan bia kan die..hehe. amacam? malas lagi tak? please! jangan lah malas sayang tak guna perkataan malas dalam diri kita ni.. tapi DR kite tu ade ajar camne nak hilang malas dalam diri ni, apa kate kita guna kaedah 3E untuk membangkitkan 'gergasi' dalam diri kita. caye tak dalam diri ni de gergasi?? hmm caye tak tak caye caye caye.. kalau gergasi kita tido jer camne nak bangun?? takkan nak kejutkan die dalam diri kita ni.. amacam?? de care? de jangan risau erk.. kaedah 3E ni  sebelum tido amalkan buat setting sebut dalam hati atau beritahu gergasi , esok nak bangun mesti penuh semangat sebab ada banyak kerja nak buat.
nak lagi ?? boleh.. sebelum tido jugak baca surah al-fatihah ,pastu bace ayat kursi , al- ikhlas 3 kali, al- falaq, an-nas dan doa tidur. and tido lah pastu.. good nite.. :)
insyaallah esok akan terjaga gergasi tu dengan kita sekali. bila gergasi bangun mana taknya dia mengamuk bila mengamuk so die ade tenaga..haa..magik kan??.
Ramai kan orang rasa letih  tak habis-habis , mengantuk tak habis dan malas tak pernah habis sebab setting die salah waktu nak tido. apa yang kita rasa bergantung pada apa yang kita set sebelum tidur. kalau set nak sakit , memang esok sakit lah kauu. kalau set letih memang bagus sangat yer..!! tapi sebaliknya lah esok kita set nak jadi seorang yang ceria bila gi sekolah,gi kerja.. haa menjadi tu..
Harini adalah gambaran esok. oleh itu, hargailah hari ni...


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

~Kritikan itu baik xD ~*


 

Amacam harini?? haa?? merajuk ker,,sebab....kena kritik? owhh   jangan merajuk rilex jer kak,bang,dik,makcik,pakcik,, dengar ni..kritik ni mampu merubah diri kita..betul..jangan tak percaya..betul...rilex ea..bila kena kritik tu wat muka selamber jer,,tapi jangan masuk telinge kanan kuar telinge kiri pulak..saye tak ajar,sape la cakap tu... gurau jer.. =P
Ramai orang tak suka bila dikritik. Bila ditegur,merah muka dan bergerak-gerak telinga. Muka pun jadi lain tak rupa dia. Hati punya lah menggelegak macam gunung nak meletup.. pehh!!
 Hey,,gapo marah sangat ni? tokseh marah sangat sebab kritikan adalah pembaikan. Macam mana pulak kritikan boleh jadi baik?? Macam ni, cuba tengok ,semua perkhidmatan telefon di dunia ni ada khidmat pelanggan. Betul?? biasanya, khidmat pelanggan mereka mesra pelanggan. setiap kali kita buat aduan , hujung nanti dia tanya, "Ada apa-apa lagi yang saya boleh bantu encik?"
Kenapa dia tanya lagi erk? padahal aduan kita dah habis pun dah. sebab dia memang nak dengar aduan daripada kita. dalam kata lain,kritikan kita akan membolehkan mereka memperbaiki perkhidmatan. Kalau mereka tak terima kritikan . mereka akan ingat khidmat mereka  tu dah terbaik. hujung - hujung pelanggan lari. sekarang ni, kita boleh switch talian dengan mengekalkan nombor asal.
Adanya kritikan  BMW jadi jenama terkemuka di duni, adanya kritikan Mercedes Benz muncul sebagai kereta mewah yang tiada tandingan. Cuba kalau pembuat-pembuat kereta ni tak nak dengar kritikan sampai sekaranglah mereka syok sendiri ,. ingat  kereta dah best sangat , rupanya-rupanya yang tercorot sebab kereta yang lebih canggih muncul di pasaran , hancur dibuatnya.

jadi , jangan marah haaa bila dikritik sebab ia akan membuatkan kita nak berubah , nak buat perubahan dan nak menambah baik apa yang sedia ada. bila orang kata kita bodoh , kita teruja untuk buktikan kita tak bodoh . jadi, terima teguran orang . ia membantu membaik pulih keadaan. marah dengan teguran orang, selamanya lah kita tak sedar terconteng arang..
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Keluargaku hartaku..

 
 
Sesuatu yang kita tak sedar, ia sangat berharga . bila kita sorang-sorang,baru kita perasan berharganya ia. Tak lain tak bukan ,keluarga.
Masa duduk dengan keluarga , asyik boring tak habis-habis . nak sangat pergi dari rumah dan rasa tak boleh hidup lagi dalam satu keluarga. tapi nanti bila dah betul-betul terpaksa duduk sorang-sorang,baru tahu betapa ruginya .
ini ramai orang tak sedar dan terlepas pandang . tengah sihat, dia ingat keluarga tak ada apa-apa makna. tapi dah sakit nanti, harap sangat keluarga datang menjenguk. tahu tak? dalam tahun 2006 , lebih 31,300 orang cedera dalam kemalangan jalan raya. itu bermakna, seorang ceera dalam setiap 15 minit! berdasarkan laporan Unescap & Unicef Malaysia Report 2007. Bayangkan mereka ssorang diri terlantar kat katil tapi satu ahli keluarga pun tak datang. Amacam?
Itulah , masa sihat tak perasan pentingnya keluarga. Tapi bila dah tak ada keluarga nanti barulah taw sunyinya dunia ni..Aset kita yang paling berharga adalah keluarga. yang tak ada keluarga binalah keluarga. sebabnya, manusia memang perlu berkeluarga. tengok haiwan , mereka pun ada keluarga. Ada keluarga,maknanya okeylah hidup dia.kalau tak ada mesti pincang.Apa kata jaga keluarga korang sebagaimana keluarga menjaga korang? tak ada maknanya hidup kalau keluarga tak kisah dan korang pun tak kisah dengan keluarga.Mengikut pegawai haiwan di Bukit Melawati , kuala Selangor, kumpulan lotong yang tinggal kat hutan simpan di situ kenal setiap ahli keluarga mereka.Kalau ada seekor aje yang hilang sebab dikebas dek pengunjung,yang lain-lain akan kecih cari. tu lotong. kita sepatutnya lebih-lebih lagilah..
"Aset kita yang paling berharga adalah keluarga"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Pin pon...nak put gambar..hehe..





terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Ya allah selamatkan umatmu!.

Wahai kaum umat islam..marilah kita bersama-sama mendoakan negara palestin.dunia mereka dahulu bahagia dengan mempunyai keluarga yang lengkap tetapi kini..lihatlah,,, musnah segalanya..ya allah..hancurnya hati mereka yang kehilangan anak2..yang sedihnya kanak-kanak dan para remaja yang ramai terkorban..ku mendoakan kepadamu wahai palestin..ku doakan agar engkau kuat dan tabah dalam segala ujian yang tuhan berikan kepada kau..aku pasti ada hikmah disebalik negara engkau...wallahualam..
 
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Jenamakan Diri :)

 
 
Bukan susah sangat nak berasa bagus dan hebat. Kalau ada pen mahal, selitkan pen mahal tu kat poket . Lain rasanya , betul tak?  iya. ini kerja minda dan ini juga adalah kesan psikologi . Anda kenakan barangan berharga, dengan sendirinya korang rasa hebat.
Pasal tu tak apa kalau berhabis sikit beli pen mahal daripada yang murah tu tapi asyik hilang. Pen mahal selalu nya payah nak hilang, Kalau korang pakai pula, dengan sendirinya martabat akan naik di mata orang lain, tak kira siapa orang tu.
Macam tu juga orang perempuan . kalau ada baju mahal , kenakan baju tu waktu pergi kuliah. Jangan pakai yang buruk sebab yang kusam . Kalau ada kot, biar nampak berketrampilan. Orang tengok pun yakin, berbaning pakai yang murah dan nampak selekeh.
 
Taklah susah sangat nak basmi diri anda dari rasa tak oey ni. pakai aje barang-barang berjenama dan mahal sikit. Insyaallah anda akan rasa lain macam. Ha, jangan sombong pulak. Jangan sombong pulak . jangan bikin pasal,nanti semakin hilang kredibiliti.
Secara mudah,  motivasi  boleh dibangkitkan dengan apa saja yang kita kenakan pada badan . Kasut,baju ataupun minyak rambut.semuanya ni menyumbangkan.,jadi kenakan yang berjenama dan kemas. Anda pasti akan merasakan diri lebih berjenama dan kemas.Anda pasti akan merasakan diri lebih berharga. Jenamakan diri dengan barang berjenama.


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Menikmati cinta ... :D

 
 
Hye..! camne harini?? rasa hebat tak?? erm.. kalau rasa macam tu..alhamdulilah..:) biey nak tanye ni..
Pernah bercinta? Salah ke bercinta ? tak salah , cinta tak salah. Bercinta pun tak salah .Dan namanya manusia , memang perlu berkasih sayang . Natijahnya daripada berkasih sayang, cinta lah.
 
Jadi,tak salah bercinta tu. yang salah,korang rosakkan cinta dengan bermacam perkara yang tak boleh. bukan saja tak boleh dari sudut adat, tapi dari sudut agama lebih-lebih lagi. lebih salah jika korang memebuayakan diri,kalau lelakilah. kalau perempuan pula, merelakan diri dibuayakan oleh sang buaya tu tadi.
 
Apa maksudnya? maksudnya, jangan bercinta kalau belum betul-betul. sanggup untuk untuk berkasih sayang dan jangan bercinta selagi belum untuk menyayangi seseorang dengan jujur,maknanya korang tak rosakkan orang tu dengan perlakuan yang salah..faham??
 
Jangan rosakkan hati orang dan jangan tabur cinta sana-sini. Banya bukan main, tapi satu pun tak ada yang jujur. Ini salah! Harini korang rosakkan hati orang,esok orang rosakkan hati korang pulak? ape kes???
.
Hidupkan berputar-putar ,tak selamanya macam ni an ta selamanya macam tu. Macam mana kita buat orang hari ni , satu hari kita akan dapat pula. kadang-kadang lebih dahsyat lagi. ini sifir kehidupan.Sayangilah orang yang korang sayang itu dengan jujur, tulus dari lubuk hati dan sentiasa ingat dia tu istimewa. Bila korang ingat macam ni, biasanya korang akan sentiasa berusaha untuk memperbaikinya dan bukan merosakkannya. Cinta kalau banyak  masalah ni tinggalkanlah dan bina engan orang lain pula. Mungkin dengan orang lain lebih menjadi. Cinta untuk dinikmati, bukan untuk ditangisi.
 
"Sayangilah orang yang anda sayang itu dengan jujur,tulus dari lubuk hati dan sentiasa ingat dia tu istimewa"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Dapatkan minda bijak..

 
Orang bijak adalah orang yang belajar. Orang yang belajar akan jadi lebih  bijak. Dengar tu? jadi jangan culas belajar, jangan cuai , jangan malas, jangan banyak alasan , jangan kuat bagi alasan , jangan ponteng dan jangan hilang-hilang. Nyosal enko nanti.
 
Minda dah cukup bijak. Tapi kalau ditambah dengan belajar, akan bertambah cerdik. Minda manusia semuanya luar biasa, Bahkan orang gila pun masih boleh guna otak dia untuk hidup, untuk berjalan di tepi jalan atau untuk pakai baju . Walaupun baju dia tu dah tak serupa baju,tapi otak dia masih boleh berikan dia panduan untuk jadi manusia yang berbaju. jarang kita jumpa orang gila yang langsung tak ada pakaian , kan?
 
Itu menunjukkan minda manusia sememangnya cerdik dan akan bertambah cerdik bila dihenyak dengan belajar . Jadi, anda pasti berakhir sebagai orang pintar jika belajar. kalau fail PMR atau SPM ke, itu tak bermakna anda bodoh. Anda tetap bijak . Cuma barangkali, kurang usaha menyebabkan result . Tak begitu baik, itu aje. Tapi hakikatnya, anda pandai banyak benda lain kan?
 
Orang gila masih boleh berjalan di tepi jalan dan dia tak jalan tengah jalan. Lagilah anda yang tak gila tu.. Bukan setakat berjalan di tepi jalan, bahkan boleh bikin jalan!..
 
Ukuran kepintaran bukan pada keputusan peperiksaan..Itu satu bahagian kecil daripada seluruh kehidupan itu sendiri. Dalam istilah lain, matangkan diri korang selari dengan usia  atau melepasi usia dan kuatkan motivasi.
 
Jangan macam-macam budak belu cukup umur. Tu memang kurang bijak . Orang bijak adalah orang yang belajar. Orang yang belajar akan jadi lebih bijak.
 
 
"Dalam hidup, korang perlu banyak lagi kebijaksanaan dan semua kebijaksanaan ini boleh dikutip melalui kehidupan itu sendiri"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Tak berjaya tanpa PARENTS..!

 
 
Amacam hari ni? rasa hebat?? seronoknya berjaya boleh capai impian yang kita impi-impikan...Tak ada kejayaan tanpa restu ibu-bapa. Orang yang derhaka, sebenarnya dia tak pernah berjaya. Derhaka pada siapa ni? terutama pada TUHAN dan ibu bapa. Pada ibu bapa, mereka yang derhaa selalunya hidup jadi susah.
 
Zaman dulu,sumpah ibu bapa jadi serta-merta. Kalau ibu sumpah jadi batu. Terus  jadi batu, kalau sumpah jadi katak , terus jadi katak . Macam yang selalu kita dengar dan baca kisah-kisah dulu. Tapi dia menjadi juga. Cuma dalam bentuk dan keadaan yang lain.
 
Patutlah belajar tak pandai-pandai , rupanya dah di sumpah jadi batu oleh emak bapak. patutlah otak jadi macam batu dan kepala pun macam kepala batu. Mana nak belajar macam tu? Taklah jadi batu sebiji gitu. Ini zaman dulu, zaman sekarang dia dah macam batu aje walaupun masih lagi otak kita tengok , itulah dia bahana derhaka pada ibu bapa.
 
Reda ALLAH bergantung pada reda ibu bapa . Kalau ibu bapa tak reda,selalunya memang susah hidup. Sekarang mungkin tak nampak , nantilah bila dah hidup sendiri dan dah ada keluarga sendiri nanti.Gaji bukan tak banyak tapi asyik tak cukup memanjang dan musibah datang bertimpa-timpa . tu boleh jadi hidup tak berkat tu.
 
Jadi, hormati ibu bapa dan sayangi mereka. Orang yang derhaka sebenarnya dia tak pernah berjaya, Dia aje sangka dah berjaya habis dah. Tapi sebernanya tidak, sebab bila-bila  masa je dia boleh ditimpa musibah. Kan reda ALLAH bergantung pada reda ibu bapa. Itu inti pati hadis tu, jangan main-main..
Kalau korang mahu jadi ibu bapa yang dihormati kelak, hormatilah ibu bapa awak harini  are u understand??
 
 
"Orang yang derhaka sebenarnya dia tak pernah berjaya"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Sayang untuk disayangi !i!i!




Orang yang tak penyayang , dia tak akan disayangi. Dengar baik-baik , orang yang tak bersikap penyayang , dia tak akan disayangi oleh orang lain. Ini pati daripada hadis ni.
 
Jadi tak salah lah menyayangi , yerr?? Memanglah ta salah, siapa pulak yang kata salah? Bahkan,dunia ni jadi begitu porak-peranda  sebab lunturnya kasih sayang sesama manusia.Anda ditunut menyayangi orang lain supaya nanti anda pun disayangi. Bayangkan dunia ni, seluruh manusia saling menyayangi  akan ada lagi ke perang??
 
Anda pun, asyik gaduh dengan room mate dan dengan rakan sekuliah ni pasal apa? Pasal tak sayang lah jawabnyee..Kan bagus kalau sayang daripada benci-membenci. Si penyayang akan disayangi manakala si pembenci akan dimaki.. Haa..amik kaww..!!..
 
Macam mana caranya supaya korang disayangi? Mudah je..ambil semua sikap yang anda mahu orang lain mahu terhadap korang . agak-agak orang lain mahukan sikap macam mana daripada anda? barulah mereka sayang anda. Adakah bila anda tipu duit orang atau tak bayar hutang orang. orang akan sayangkan anda? juga tidak!
 
Orang mahu anda mesra, mudah di ajak berbincang dan suka tolong orang. Inilah sikap yang orang mahu terhadap anda. Ha,, amalkan sikap ni. Nescaya  anda akan disayangi , Pegang sikap lain daripada ini, memang confirm anda dibenci.
 
Orang yang paling cantik adalah si penyayang . Kucing pun senang pada tuan dia yang penyayang. itu kucing,jadi fikir-fikirkan lah yer..
Ingat orang benci banyak rugi , orang sayang , untung bukan main . jadi, sayangilah semua supaya semua pula sayangkan anda. Sayangi orang lain dulu,jangan harapkan orang sayangi anda dulu. Biar kita mulakan , daripada kita ketinggalan. Okey camtu?? Cun tu Kak!!
 
 
"Orang yang tak bersikap penyayang, dia tak akan disayangi oleh orang lain"

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Nak kerjaya..

 
Ha,,,,nak kerja ke nak kerjaya? Ramai orang pilih kerja . Sedangkan dia sepatutnya pilih kerjaya. kerja hanya kerja. Tapi kerjaya itu kerja dan berjaya.
Eh ... macam mana tu?? macam ni , yang nama nya kerja tu, anda bangun pagi dengan rasa menyampah dan terburu-buru pergi ke tempat kerja. Di kilang ke, di pejabat ke atau di mana-mana sajalah. Petang nanti baru balik dengan letihnya. Hati rasa benci dengan rutin macam tu.kalau boleh , tak nak buat lagi dah. Tapi nak buat macam mana ?? tak kerja makna nya tak ada 'fulus'. Nak bayar yuran macam mana? nak bayar kertas peperiksaan macam mana ? nak hidup macam mana?
 
jadi anda pun buatlah juga kerja tu bertahun-tahun lamanya. Patutlah tak berapa menjadi dan cepat rasa penat. tak happy betullah. Rupanya anda hanya ingat kerja. Kerja memanglah penat. Mana ada kerja yang tak penat dan tak susah. Mana tak penat bang, anda dah dikerjakan dek kerja.
 
Kenapa tak ubah jadi kerjaya? kerjaya lain, tak sama dengan kerja . kalau kerja , anda dikerjakan dek kerja. Tapi kerjaya , anda kerja dalam suasana berjaya , takkan rasa tak syok . kerja dengan jaya memang best.
 
Jadi, tukar paradigma anda sekarang,jangan kerja, tapi binalah kerjaya. Orang yang berada dalam suasana kerjaya , hidupnya tenang, fikirannya  lapang dan perasaannya cemerlang. Bekerja  untuk berjaya, bukan sekadar kerja untuk kerja. Kerja untuk kerja, itulah yang membuat korang  rasa tak beres, cepat penat, banyak complaint ,selalu buat silap dan hati pun cepat sakit pada masalah kecik je. Tapi kalau kerjaya , insyaallah alam terasa luas walaupun tempat kita kerja tu kecik je dan jawatan pun taklah berapa besar. itu bezanya. Kerja memang penat.Jadi , tukar kepada kerjaya. Anda pasti jadi hebat.
"Bekerja untuk berjaya, bukan sekadar kerja untuk kerja"
 

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Rancang-rancangkan hari anda

 
Rancang-rancangkan hari anda..
 
Kenapa orang kelam kabut tak tentu pasal? kalau ada pasal, boleh tahan . tapi ini, tak ada pasal tapi kelam-kabut memanjang . jawabnya, sebab hari yang anda tempuhi ni tak pun anda rancang semalam. tak percaya? tengoklah esok. akan kelam-kabut juga sebab perancangan hari ini anda tak buat.
 
Merancang ni kena buat hari-hari . Pasal tu ada orang pakai diari. Tapi sekarang, orang kurang pakai diari sebab handphone . Handphone bukan setakat berbual aje, macam-macam kegunaan dia. Jadi , rancang hari anda dengan betul supaya tak kelam kabut.

Orang yang mudah kelam-kabut selalunya tak cemerlang. Dengar sekali lagi, orang yang mudah kelam kabut selalunya tak cemerlang dan terabai  masa. Relaks, jangan gopoh gapah . gopoh gapah tu daripada syaitan, bertenang-tenang tu daripada malaikat.

ini ada tiga tip macam mana supaya tak kelam kabut. mula-mula pada awal pagi , amalkan mandi, mulakan dari bawah ke atas dan bukan atas ke bawah. Basahkan kaki dulu. Kemudian, perlahan-lahan  bawa air ke atas sampailah ke puncak kepala. Lepas tu barulah nak mandi macam mana pun, ikut suka lah . Nak buat stail gajah mandi ke, nak buat gaya rama-rama ke,gaya telentang  ke ehh..lantak korang lah.. Tapi ingat, mesti mulakan air dari kaki dulu dan kemudian bawa ke atas.

Amalkan mandi macam ni sepanjang masa dan tengok kesannya. Apa yang pastinya ialah anda akan lebih tenang.sebab dengan mencurahkan air ke kaki dulu, kebiasaannya seseorng itu akan berada dalam arus alpha iaitu arus ketenangan dan kepintaran. Ingat ya, orang yang cemerlang selalunya tak gopoh.

"Orang yang mudah kabut selalunya tak cemerlang"

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Belajar harini untuk esok

 
Belajar harini untuk esok
 
Hye jumpa  lagi kita kat blog biey ni ... :) amacam harini? anda okey? cakap okey jangan cakap tak okey yee...semalam biey wat tajuk tangan kanan tangan kiri.harini pulak nak wat tajuk kat atas tu..so jom kita motivasi diri..:) 
Belajar memang susah kalau menyampah.ya tak? kebanyakan orang yang tak boleh perfom bagus dalam perjalanan ni pasal apa, tau? pasal mereka menyampah belajar. Tak boleh menyampah belajar
 
ni.Kena rasa syok, Bila syok tak ada rasa penat dan tak timbul rasa malas.
macam mana nak syok? Besarkan matlamat anda. besarkan macammana ? ala, besarkan hujungnya. Hujungnya anda nak jadi apa? kalau hujungnya besar, usaha dekat sini jai kurang susah. Tapi kalau hujungnya kecik aje, kecik boleh tahan atau langsung tak ada, usaha hari ini memang sakit sangat .
Orang yang panjat gunung,dia kena matlamatkan sampai ke punca gunung, dia kena matlamatkan nak sampai ke puncak gunung. kalau dia tak matlamat kan ke puncak , dia cepat give up.penat sikit atau susah sikit, terus fed up.Dia rasa cukuplah setakat kaki gunung. Tapi orang yang matlamatnya besar dan jelas nak sampai ke puncak gunung biasanya tak mudah menyerah kalah. walau sakit macam
 
mana sekalipun, dia akan usahakan, berdikit-dikit , lama-lama sampailah.
Belajar pun macam tu. kalau tak ada matlamat besar atau cita-cita  besar, memang mudah bosan. Baca buku sikit, mula mengantuk. kena tegur cikgu sikit , mula nak merajuk. gagal sikit pulak , hilang semangat. Tapi kalau matlamat besar , semua halangan jadi kecik. semut boleh bina busut yang beribu kali saiz dia, pasal apa? pasal matlamatnya besar dan tak pernah malas. tak percaya? tanya semut. :)
 
Percaya tak? di kalangan semua makhluk, manusialah yang paling malas dan suka beri alasan. lebah tak pernah malas dan suka beri alasan . burung tempua tak pernahnya bosan sampailah menjadi sarang dia. selagi tak jadi , tak berhentilah dia. Awak pulak?
 
Matlamat besar, kesakitan pun hilang dan jalan jadi mudah. Akhirnya, anda juga yang akan jadi terbilang..
 
"Untuk rasa syok belajar , besarkan matlamat anda"
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Jom motivasi diri..

 
Tangan kanan tangan kiri
 
BAGUS-BAGUSKAN hidup anda. sebab tak guna hidup kalau tak bagus, ya tak? Tengok tangan kiri kurang mahir berbanding tangan kanan. sekarang tengok pula tangan kanan. Betul ke tangan kanan selalunya lebih mahir berbanding tangan kiri? Pada orang yang tak kidal , sifir ini betul . tangan kanan selalunya lebih cepat,lebih kuat,lebih mantap dan lebih tangkas berbanding tangan kiri.
jika gunakan tangan kiri saja, hampir semua kerja tak dapat diselesaikan dengan baik. tangan kanan saja pun serupalah .tapi cuba kalau kedua-dua belah tangan digunakan . kerja kadi okey dan sempurna semuanya.. betul tak?? Cuba menaip dengan satu tangan , memanglah lambat.Cuba tutup sebelah mata, memang pandangan jadi tak berapa jelas. cuba tutup sebelah telinga , pendengaran jadi berdengung. Cuba tutup sebelah hidung pulak , selalunya susah naj bernafas betul tak??
ha, itu membuktikan yang kita sebenarnya memang memerlukan orang lain untuk cemerlang. untuk menjadi luar biasa bagus, anda perlukan orang lain. sama macam tangan kanan perlukan tangan kiri dan kaki kanan perlukan kaki kiri. walaupun kaki kiri tu sepak bola memang tak pernah masuk, tapi kalau  tak ada dia , susah juga nak skor. jadi selamat membina motivasi unggul. jadikan orang lain untuk cemerlang sebagaimana tangan memerlukan pasangannya,kaki memerlukan pasangannya dan telinga juga memerlukan pasangannya..
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Lirik The Virgin Cinta Terlarang

Kau kan slalu tersimpan di hatiku
Meski ragamu tak dapat ku miliki
Jiwaku kan slalu bersamamu
Meski kau tercipta bukan untukku
Tuhan berikan aku cinta satu kali lagi
Hanya untuk barsamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya
Mengapa cinta ini terlarang
Saat ku yakini kaulah milikku
Mengapa cinta kita tak bisa bersatu
Saat ku yakin tak ada cinta selain dirimu
Tuhan berikan aku hidup satu kali lagi
Hanya untuk bersamanya
Ku mencintainya sungguh mencintainya
Rasa ini sungguh tak wajar
Namun ku ingin tetap bersama dia
Untuk selamanya

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

lagi puisi cintan cintun :)



Mungkin Allah menginginkan kita
bertemu dan
bercinta dengan orang
yang salah terlebih dahulu
sebelum bertemu dengan
orang yang tepat untuk
masa depan kita
oleh itu
kita haruslah mengerti bagaimana
berterima kasih di atas kurniaan itu
 
 
Ayah bonda
di keghairahan aku mengejar impianku
kalian tidak jemu mengiringi langkahku
kalian yang menemaniku
pada setiap detik agar aku
dapat merintis jalan
yang aku idamkan selama ini
 
ayah bonda
pengorbanan yang kalian curahkan
telah menambat hatiku
untuk tidak mensia-siakan kalian
dan kini barulah aku sedar
kalian tiada bandingan
 
perasaan rindu mula bertandang
terhadap kalian
 
ayah bonda
akan ku cuba merealisasikan
hasrat kalian selama ini
tidak akan ku sia-siakan
kerana ku amat menyanjungi kasih sayang
kalian
jasamu tetap ku kenang
selama-lamanya.

 

 




terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Renungkan kata-kata ini sebentar..:)

Apa maknanya bagi mereka yang berwajah cantik dan mempunyai kekacakan maka jika hati tidak secantik dalamannya,malah tidak mampu menjadi insan yang sabar,bertolak ansur,penyayang,ikhlas,berbudi pekerti dan menghormati orang lain..



terima kasih comel baca (._.*) blog ni

Icon yang cute mute untuk blog...

Holla...kat sini biey nak bagi icon cute mute untuk post title or about me..atau untuk post..
just right click copy and paste...:)




kalau yang biey bagi ni tak memuaskan..korang boleh gi kat sini

 
 
 
 
 
 
 
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni