Dapatkan minda bijak..

 
Orang bijak adalah orang yang belajar. Orang yang belajar akan jadi lebih  bijak. Dengar tu? jadi jangan culas belajar, jangan cuai , jangan malas, jangan banyak alasan , jangan kuat bagi alasan , jangan ponteng dan jangan hilang-hilang. Nyosal enko nanti.
 
Minda dah cukup bijak. Tapi kalau ditambah dengan belajar, akan bertambah cerdik. Minda manusia semuanya luar biasa, Bahkan orang gila pun masih boleh guna otak dia untuk hidup, untuk berjalan di tepi jalan atau untuk pakai baju . Walaupun baju dia tu dah tak serupa baju,tapi otak dia masih boleh berikan dia panduan untuk jadi manusia yang berbaju. jarang kita jumpa orang gila yang langsung tak ada pakaian , kan?
 
Itu menunjukkan minda manusia sememangnya cerdik dan akan bertambah cerdik bila dihenyak dengan belajar . Jadi, anda pasti berakhir sebagai orang pintar jika belajar. kalau fail PMR atau SPM ke, itu tak bermakna anda bodoh. Anda tetap bijak . Cuma barangkali, kurang usaha menyebabkan result . Tak begitu baik, itu aje. Tapi hakikatnya, anda pandai banyak benda lain kan?
 
Orang gila masih boleh berjalan di tepi jalan dan dia tak jalan tengah jalan. Lagilah anda yang tak gila tu.. Bukan setakat berjalan di tepi jalan, bahkan boleh bikin jalan!..
 
Ukuran kepintaran bukan pada keputusan peperiksaan..Itu satu bahagian kecil daripada seluruh kehidupan itu sendiri. Dalam istilah lain, matangkan diri korang selari dengan usia  atau melepasi usia dan kuatkan motivasi.
 
Jangan macam-macam budak belu cukup umur. Tu memang kurang bijak . Orang bijak adalah orang yang belajar. Orang yang belajar akan jadi lebih bijak.
 
 
"Dalam hidup, korang perlu banyak lagi kebijaksanaan dan semua kebijaksanaan ini boleh dikutip melalui kehidupan itu sendiri"


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment