Rancang-rancangkan hari anda

 
Rancang-rancangkan hari anda..
 
Kenapa orang kelam kabut tak tentu pasal? kalau ada pasal, boleh tahan . tapi ini, tak ada pasal tapi kelam-kabut memanjang . jawabnya, sebab hari yang anda tempuhi ni tak pun anda rancang semalam. tak percaya? tengoklah esok. akan kelam-kabut juga sebab perancangan hari ini anda tak buat.
 
Merancang ni kena buat hari-hari . Pasal tu ada orang pakai diari. Tapi sekarang, orang kurang pakai diari sebab handphone . Handphone bukan setakat berbual aje, macam-macam kegunaan dia. Jadi , rancang hari anda dengan betul supaya tak kelam kabut.

Orang yang mudah kelam-kabut selalunya tak cemerlang. Dengar sekali lagi, orang yang mudah kelam kabut selalunya tak cemerlang dan terabai  masa. Relaks, jangan gopoh gapah . gopoh gapah tu daripada syaitan, bertenang-tenang tu daripada malaikat.

ini ada tiga tip macam mana supaya tak kelam kabut. mula-mula pada awal pagi , amalkan mandi, mulakan dari bawah ke atas dan bukan atas ke bawah. Basahkan kaki dulu. Kemudian, perlahan-lahan  bawa air ke atas sampailah ke puncak kepala. Lepas tu barulah nak mandi macam mana pun, ikut suka lah . Nak buat stail gajah mandi ke, nak buat gaya rama-rama ke,gaya telentang  ke ehh..lantak korang lah.. Tapi ingat, mesti mulakan air dari kaki dulu dan kemudian bawa ke atas.

Amalkan mandi macam ni sepanjang masa dan tengok kesannya. Apa yang pastinya ialah anda akan lebih tenang.sebab dengan mencurahkan air ke kaki dulu, kebiasaannya seseorng itu akan berada dalam arus alpha iaitu arus ketenangan dan kepintaran. Ingat ya, orang yang cemerlang selalunya tak gopoh.

"Orang yang mudah kabut selalunya tak cemerlang"

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment