Sayang untuk disayangi !i!i!




Orang yang tak penyayang , dia tak akan disayangi. Dengar baik-baik , orang yang tak bersikap penyayang , dia tak akan disayangi oleh orang lain. Ini pati daripada hadis ni.
 
Jadi tak salah lah menyayangi , yerr?? Memanglah ta salah, siapa pulak yang kata salah? Bahkan,dunia ni jadi begitu porak-peranda  sebab lunturnya kasih sayang sesama manusia.Anda ditunut menyayangi orang lain supaya nanti anda pun disayangi. Bayangkan dunia ni, seluruh manusia saling menyayangi  akan ada lagi ke perang??
 
Anda pun, asyik gaduh dengan room mate dan dengan rakan sekuliah ni pasal apa? Pasal tak sayang lah jawabnyee..Kan bagus kalau sayang daripada benci-membenci. Si penyayang akan disayangi manakala si pembenci akan dimaki.. Haa..amik kaww..!!..
 
Macam mana caranya supaya korang disayangi? Mudah je..ambil semua sikap yang anda mahu orang lain mahu terhadap korang . agak-agak orang lain mahukan sikap macam mana daripada anda? barulah mereka sayang anda. Adakah bila anda tipu duit orang atau tak bayar hutang orang. orang akan sayangkan anda? juga tidak!
 
Orang mahu anda mesra, mudah di ajak berbincang dan suka tolong orang. Inilah sikap yang orang mahu terhadap anda. Ha,, amalkan sikap ni. Nescaya  anda akan disayangi , Pegang sikap lain daripada ini, memang confirm anda dibenci.
 
Orang yang paling cantik adalah si penyayang . Kucing pun senang pada tuan dia yang penyayang. itu kucing,jadi fikir-fikirkan lah yer..
Ingat orang benci banyak rugi , orang sayang , untung bukan main . jadi, sayangilah semua supaya semua pula sayangkan anda. Sayangi orang lain dulu,jangan harapkan orang sayangi anda dulu. Biar kita mulakan , daripada kita ketinggalan. Okey camtu?? Cun tu Kak!!
 
 
"Orang yang tak bersikap penyayang, dia tak akan disayangi oleh orang lain"

terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment