Belajar harini untuk esok

 
Belajar harini untuk esok
 
Hye jumpa  lagi kita kat blog biey ni ... :) amacam harini? anda okey? cakap okey jangan cakap tak okey yee...semalam biey wat tajuk tangan kanan tangan kiri.harini pulak nak wat tajuk kat atas tu..so jom kita motivasi diri..:) 
Belajar memang susah kalau menyampah.ya tak? kebanyakan orang yang tak boleh perfom bagus dalam perjalanan ni pasal apa, tau? pasal mereka menyampah belajar. Tak boleh menyampah belajar
 
ni.Kena rasa syok, Bila syok tak ada rasa penat dan tak timbul rasa malas.
macam mana nak syok? Besarkan matlamat anda. besarkan macammana ? ala, besarkan hujungnya. Hujungnya anda nak jadi apa? kalau hujungnya besar, usaha dekat sini jai kurang susah. Tapi kalau hujungnya kecik aje, kecik boleh tahan atau langsung tak ada, usaha hari ini memang sakit sangat .
Orang yang panjat gunung,dia kena matlamatkan sampai ke punca gunung, dia kena matlamatkan nak sampai ke puncak gunung. kalau dia tak matlamat kan ke puncak , dia cepat give up.penat sikit atau susah sikit, terus fed up.Dia rasa cukuplah setakat kaki gunung. Tapi orang yang matlamatnya besar dan jelas nak sampai ke puncak gunung biasanya tak mudah menyerah kalah. walau sakit macam
 
mana sekalipun, dia akan usahakan, berdikit-dikit , lama-lama sampailah.
Belajar pun macam tu. kalau tak ada matlamat besar atau cita-cita  besar, memang mudah bosan. Baca buku sikit, mula mengantuk. kena tegur cikgu sikit , mula nak merajuk. gagal sikit pulak , hilang semangat. Tapi kalau matlamat besar , semua halangan jadi kecik. semut boleh bina busut yang beribu kali saiz dia, pasal apa? pasal matlamatnya besar dan tak pernah malas. tak percaya? tanya semut. :)
 
Percaya tak? di kalangan semua makhluk, manusialah yang paling malas dan suka beri alasan. lebah tak pernah malas dan suka beri alasan . burung tempua tak pernahnya bosan sampailah menjadi sarang dia. selagi tak jadi , tak berhentilah dia. Awak pulak?
 
Matlamat besar, kesakitan pun hilang dan jalan jadi mudah. Akhirnya, anda juga yang akan jadi terbilang..
 
"Untuk rasa syok belajar , besarkan matlamat anda"
 


terima kasih comel baca (._.*) blog ni

No comments:

Post a Comment